Sunday, 17 May 2015
Kurikulum Pendidikan Seni di Sekolah
Perkembangan Kurikulum Pendidikan
Seni Visual (PSV) di Malaysia Perkembangan kurikulum Pendidikan Seni
Visual (PSV) boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu sebelum merdeka
dan selepas merdeka. Seiring dengan perkembangan ini, nama subjek ini telah ditukar
bersesuaian dengan kehendak semasa. Pada awalnya subjek ini dikenali sebagai
subjek Lukisan dan pertukangan Tangan. Kemudian ianya ditukar pula kepada
Pendidikan Seni dan Pendidikan Seni Visual. Kini, setelah Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR),
subjek ini dikenali sebagai Dunia Seni Visual. Pendidikan Sebelum Merdeka
Pendidikan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah berbentuk tidak formal
serta tidak mementingkan perkembangan kognitif pelajar – pelajar. Kitab Pedoman
Guru Penggal Satu (1928) dan Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua (1929) telah
diguna pakai oleh guru – guru pada ketika itu sebagai panduan untuk mengajar
Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah – sekolah melayu pada masa tersebut.
Buku ini disusun oleh O.T Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib dan
merupakan buku pertama yang ditulis di Malaya mengenai kaedah mengajar mata
pelajaran Lukisan dan Pertukangan Tangan. Di dalam buku ini, kaedah mengajar
Pendidikan Seni dirancang dari unsur yang senang kepada unsur yang lebih sukar.
Sebagai contoh, kaedah asas penggunaan alat dan bahan diperkenalkan pada awal
pembelajaran. Kemudian diikuti dengan latihan asas membuat garisan dan latihan
melakar bentuk – bentuk asas. Bahantara yang digunakan pula adalah pensel dan
pena dakwat. Bahantara ini telah digunakan di sekolah Melayu sejak tahun 1900 –
an. Penggunaan dua bahantara ini telah berkembang secara meluas dalam kalangan
pelajar Melayu yang berminat dalam bidang artistik pada ketika itu. Hal ini
telah menyebabkan peningkatan dalam keinginan untuk menghasilkan karya – karya
yang bersifat lakaran. Perkara ini memperlihatkan kepentingan konsep visual
dalam pengilustrasian buku. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar telah
diasaskan mengikut model English Grammar School. Hal ini adalah untuk menampung
permintaan yang bertambah terhadap pendidikan menengah. Namun sekolah ini
hanyalah untuk golongan bangsawan sahaja. Pada tahun 1922 pula, Maktab
Perguruan Sultan Idris atau lebih dikenali sebagai Sultan Idris Training
College (STTI) telah ditubuhkan. Perkara ini untuk memenuhi permintaan yang
bertambah terhadap guru – guru sekolah Melayu yang berkelayakan. Pendidikan
Seni telah diajar di STTI di samping subjek – subjek lain. Subjek ini diajar
bersama dengan pertukangan tangan. Membuat bakul menggunakan mengkuang adalah
sukatan pelajaran bagi tahun pertama. Selain itu mereka juga dikehendaki
mencipta corak – corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Kemudian untuk
tahun kedua, kerja –kerja tahun pertama disambung manakala tahun ketiga pula,
penggunaan rotan dan buluh yang lebih meluas diajar. Buku yang digunakan adalah
Kitab Rajah – Rajah Anyaman oleh guru anyaman Mr. W. Olaguera. Pendidikan
Selepas Merdeka Perkembangan politik negeri China, India dan Negara jiran
banyak berubah selepas perang dunia kedua. Tanah Melayu dianggap tempat
kediaman oleh masyarakat pendatang. Masalah kerumitan kaum tentang pendidikan
telah dilihat oleh kebangkitan nasiolisme Melayu. Jawatankuasa Barnes telah
ditubuhkan apabila orang Melayu mula mendesak agar kerajaan membaiki mutu
pendidikan di sekolah – sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi
melanjutkan pelajaran. Pada awal tahun 1951, laporan Barnes diterbitkan. Di
dalam Laporan ini terkandung cadangan agar sekolah – sekolah kebangsaan dari
bahasa berbilang kaum sama ada menggunkan bahasa Inggeris atau bahasa Melayu
sebagai pengantar utamanya ditubuhkan. Sekolah Cina dan Tamil akan ditukar
beransur – ansur kepada sekolah kebangsaan dengan memperkenalkan aliran
kebangsaan. Namun, cadangan tersebut ditentang hebat oleh orang cina. Laporan
Fen Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta menambahbaik Sekolah Cina telah
memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang pendidikan di Tanah Melayu.
Laporan Jawatankuasa Fen Wu mengemukakan cadangan – cadangan yang pada asasnya
menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris
dan bahasa CIna dijadikan bahasa penghantar. Pendidikan Malaysia Beberapa
kajian telah dibuat untuk mendapatkan formula terbaik bagi sistem pendidikan di
Tanah Melayu pada masa itu. Walau bagaimanapun setelah mendapat kemerdekaan,
Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di negara
ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diperkenalkan. Mata
pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-murid dalam
KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains,
Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat, Jawi,Pendidikan Agama
Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan Jasmani dan lain-lain.
Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut kehendak KLSR
sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979 oleh jawatankuasa
diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian KLSR ini. Laporan kajian
yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR sudah tidak relevan lagi
dan perlu diganti dengan kurikulum ynag baru. Implikasi daripada laporan ini
ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun
1982.Namun begitu, pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal
pasti kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada asasnya
sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata pelajaran-mata pelajaran yang telah
sedia ada mengalami perubahan bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan
termasuklah Pendidikan Seni Visual. Kementerian Pendidikan Malaysia telah
memainkan peranan yang positif dalam membangunkan dan memperkembangkan
kurikulum Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan
terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah beberapa kali
melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan tersebut meliputi aspek falsafah,
matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan mata pelajaran
tersebut.Retrospektif perkembangan kurikulum ini dapat dilihat seawal
pertengahan abad ke-19 apabila kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free
School dengan memberikan penekanan kepada penglahiran pelajar yang mahir dalam
kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj.
Ibrahim-Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual). Selepas
merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal
dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini, murid-murid daripada darjah 1
hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan mata pelajaran yang dikenali
sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran elektif. Kini, sekali
lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan kepada melengkapkan
perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi individu dan
pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta sikap dalam
menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya dan identiti
bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah, matlamat, objektif,
pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih mantap dan akan dapat menarik
minat lebih ramai pelajar. Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan
mata pelajaran wajib yang mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran
Pendidikan Seni Visual digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah
mencapai hasrat FPK. Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah
rendah sebagaimana yang digariskan oleh PPK padaa tahun 2000 adalah untuk
melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi
pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid
meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah
pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat
FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual seperti berikut : 1. Menggambar
2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk
dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Fokus yang
diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif, interaksi yang
kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.Pendidikan Seni
Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata pelajaran lain yang
ditawarkan di sekolah-sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini menyumbangkan ke
arah perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan
kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni sebagai media komunikasi,
seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan seni sebagai warisan budaya dan
identiti bangsa.
Apa itu Seni Tampak?
Seni tampak atau seni visual adalah satu bentuk seni yang menumpukan kepada hasil penciptaan yang berbentuk visual seperti lukisan,fotografi, grafik dan filem. Kebanyakan disiplin kesenian seperti seni persembahan, bahasa dan masakan melibatkan aspek seni visual dan lain-lain seni, jadi definisi seni tidak terhad.
Dengan kata lain seni visual adalah sesuatu hasil/ciptaan yang boleh dinampak melalui penglihatan mata. Hasil/karya itu adalah bersumberkan daya fikiran dan kesenian yang mutlak dalam minda seseorang dan seterusnya diterjemahkan kepada objek yang nyata serta boleh dilihat seperti gambar, arca, model dan sebagainya.
Seni merupakan istilah yang sukar ditakrifkan memandangkan perkataan ini boleh digunakan mengikut bidang masing-masing dengan makna yang lain. Dalam istilah bahasa, seni bermaksud halus, cantik dan teknik. Akan tetapi, ada yang menterjemahkan seni sebagai sesuatu yang cantik, indah, baik, dan cerdik yang boleh ditanggap melalui pancaindera seperti mata dan telinga. Boleh dikatakan seni merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Dalam era moden ini, seni juga melibatkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Ia merupakan bidang yang berupaya untuk penghasilan dan pencipataan sesuatu karya dan ciptaan untuk manusia semata-mata untuk keindahan ataupun sesuatu fungsi kegunaan yang tertentu. Jadi, seni adalah ilmu terhasil daripada budaya dan agama dalam menghasilkan sesuatu untuk tujuan pemujaan Tuhan, menyebarkan nilai-nilai budaya seperti pakaian, dan sebagainya. Seni juga terhasil daripada industri yang bertujuan untuk menghasil sesuatu yang berorientasikan keuntungan dan bercirikan komersil melalui penciptaan barang yang berguna dalam kehidupan harian.
Seni juga boleh dipandang dari segi nilainya. Sesuatu yang indah tidak boleh dinilai dalam sebutan harga, walaupun masih ada yang menjualkannya pada harga yang melambung tinggi. Nilai kesenian itu terus diturunkan kepada generasi yang lain di mana ia menjadi satu sejarah atau pantulan yang mengisahkan tentang masa silang.
Seni merupakan istilah yang sukar ditakrifkan memandangkan perkataan ini boleh digunakan mengikut bidang masing-masing dengan makna yang lain. Dalam istilah bahasa, seni bermaksud halus, cantik dan teknik. Akan tetapi, ada yang menterjemahkan seni sebagai sesuatu yang cantik, indah, baik, dan cerdik yang boleh ditanggap melalui pancaindera seperti mata dan telinga. Boleh dikatakan seni merangkumi setiap aspek kehidupan manusia. Dalam era moden ini, seni juga melibatkan sesuatu yang kreatif dan inovatif. Ia merupakan bidang yang berupaya untuk penghasilan dan pencipataan sesuatu karya dan ciptaan untuk manusia semata-mata untuk keindahan ataupun sesuatu fungsi kegunaan yang tertentu. Jadi, seni adalah ilmu terhasil daripada budaya dan agama dalam menghasilkan sesuatu untuk tujuan pemujaan Tuhan, menyebarkan nilai-nilai budaya seperti pakaian, dan sebagainya. Seni juga terhasil daripada industri yang bertujuan untuk menghasil sesuatu yang berorientasikan keuntungan dan bercirikan komersil melalui penciptaan barang yang berguna dalam kehidupan harian.
Seni juga boleh dipandang dari segi nilainya. Sesuatu yang indah tidak boleh dinilai dalam sebutan harga, walaupun masih ada yang menjualkannya pada harga yang melambung tinggi. Nilai kesenian itu terus diturunkan kepada generasi yang lain di mana ia menjadi satu sejarah atau pantulan yang mengisahkan tentang masa silang.
PENGERTIAN SENI VISUAL
Definisi seni dapat dilingkungi dengan pengertian yang paling umum tentang seni iaitu' Kehalusan'. Menurut Kamud Dewan (2005) pengertian seni ialah "karya(sajak,lukisan,muzik,,dan lain-lain) yang dicipta dengan bakat ,kebolehan mencipta sesuatu (lukisan,ukiran dan lain-lain)yang indah-indah.
Subscribe to:
Posts (Atom)